Thursday, March 28, 2013

Back Pain Strikes Back

Januari lepas aku mengalami satu insiden yang amat aku cuba elakkan. Ia berkenaan kesihatan aku. Penyakit yang sudah hampir aku lupakan semenjak hampir 13 tahun dulu. Ia telah menjelma kembali. Penyakit yang aku maksudkan itu adalah SLIP DISC. Oh! Tidak... Ia penyakit yang membuatkan pinggang belakang berasa sakit sentiasa. Duduk x selesa, baring xselesa, jalan jauh rase sakit, diri lama pun akan rase sakit juga. Sakitnya selalu dari pinggang sampai lah ke bahagian buku lali kaki.. Ia satu penyakit yang memang akan menyusahkan aktiviti seharian kita. Tapi sehingga saat ini, tiada ujian yang mengesahkan aku mengalami penyakit tersebut kerana mengikut kata doktor pakar ia perlu diteliti melalui Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang akan buat pada bulan May 2013 ni. Aku dah wat xray, ambil darah, fisio sume dah tapi semuanya negatif. Apa yang menguatkan kata penyakit aku telah kembali semula adalah disebabkan symptoms yang aku alami adalah sama dengan yang pernah aku alami dulu. Beberapa perkara yang aku lakukan akan terasa sakit yang teramat sgt.

Sakit ni datang pada Januari lepas apabila aku cuba mengangkat sebuah tong berisisi air, ketinggian lebih kurang paras lutut, berkapasiti 20 liter  (lebih kurang 20 kg). Aku nak angkat tong utk diletakkan atas troli, dan elok je aku sentap nak angkat, "PRAPPPP!!!" satu bunyi meletus kedengaran.. Aku da mula rase sengal2 bahagian belakang.. Tapi aku masih boleh tahan,sehinggalah tiba pada malam hari. Sakitnya makin terasa. Aku xdapat tidur langsung menunggu siang.. Kepala pening2 memikirkan berbagai keadaan ngeri yang bakal terjadi. Ape aku lakukan serba xkena. sampailah tiba siang, aku terus bergegas ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor melakukan pemriksaan ke atas aku. Mmg xboleh blah sakitnya. Lepas tu doktor berikan aku suntikan bius untuk melegakan sakit smntara dan suruh aku refer ke hospital terus. Aku ikut nasihat doktor dan  menuju ke hospital Sungai Buloh. Aku ke hospital dibantu oleh rakan skerja aku, Fendi. Sampai je aku ke hospital tu, rupanya aku xboleh terus dapatkan rawatan. perlu membuat temujanji terlebih dahulu dan temujanji tersebut adalah pada bulan 3 (lebih kurang 2bulan dari tarikh aku sakit). Disebabkan sakit yang keterlaluan, esoknya aku dapat rawatan terus ke hospital swasta. Kos mmg agak mahal, tapi sbb sakit aku pergi juga.. aku buat treatment di sana. Dan syukur alhamdulillah kesihatan semakin pulih. Aku berulang ke hospital selama seminggu untuk mndapatkan rawatan dan hasilnya aku semakin pulih. Semasa aku mula2 jalani rawatan, aku da xseperti orang..bukan macam monyet. Jalan pun menyenget ke tepi sbbkan tahan sakit. Kerja aku mmg ntah ke mana. Apabila tiba temujanji di hospital sungai buloh, aku berhenti mendapatkan rawatan di hospital berkenaan dan sambung menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh sehinggalah sekarang. Hasilnya amatlah memuaskan. Aku semakin pulih dan badan pun da xmenyeget lagi. hehe.. Kerinduan untuk bersukan, dah membuak2 tapi aku terpaksa tahan untuk pastikan aku betul2 sihat dan mampu untuk bersukan seperti dulu. Aku xhenti2 berdoa agar aku cepat sembuh dan dapat melakukan aktiviti sperti biasa.

Saat aku tulis blog ni, aku da semakin pulih. Aku da boleh berjalan2 sperti biasa walaupun ade sikit2 sakit yang masih terasa. Jadi nasihat aku, kalau nak buat kerja tu beringat lah. Jangan rasa diri tu kuat sangat macam Superman! haha.. badan kita ni ada hadnya. Kepada mereka yang dah ada sakit belakang, boleh mendapatkan saya untuk mengetahui cara2 yang betul untuk mengangkat barang dan senaman2 yang boleh anda lakukan bagi mengurangkan sakit dan seterusnya hilangkan sakit. Difahamkan, senaman tersebut juga elok dilakukan bagi mereka yang tidak sakit untuk menguatkan muscle blakang kita. ecehhh..macam jual produk plak. haha... Ape2 pun doakan aku semoga cepat sembuh, ya!! :D

Area yang aku rasekan sakit sebelum ni.

*Sakit tu penghapus dosa.. 

Wednesday, March 27, 2013

Sibuk!!

"Aku Sibuk!!!", "Xdapat join, ada keje!!", "Ko gantikan aku, aku sibuk wat benda lain" , " BZ lahhh... xfaham ke?" antara frasa2 yang menggambarkan sesorang tu sibuk. SIBUK!! Itu lah perkataan yang paling sesuai di labelkan untuk aku berhenti menulis blog setelah sekian lama. Tapi betul, kalau orang berkerjaya memang akan sentiasa sibuk. Terpulang kepada mereka untuk meletakkan ia pada tahap mana. Ada orang sibuk sampai terlupa segala benda. Makan adalah perkara2 yang sering tersenarai dalam masalah sibuk ni. Tapi setakat ni aku xde la sbuk tahap sampai lupa makan. Sibuk sbb g makan, mmg ade..hihi.. Jadi nak cakap kat cni, kalau kesibukan ni xdiurus dengan betul boleh jatuh kepada stress lalu stress boleh mmbawa kepada segala perkara negatif especially kepada kesihatan. Orang selalu cakap tangani stress anda dengan bijak.. tapi kalau ikutkan, better tangani kesibukan anda dengan bijak.. baru stress xkan dtg..ye ke idok? bila kita x sibuk, stress dtg pn kita rileks je hadapnya...(kalau stress datang).. Aku xnafikan, kalau kita da sbuk sgt2, dan stress mula dah nak tunjuk2 kepalanya, kita akan cari jalan penyelesaian dengan melakukan perkara2 yang lebih santai bagi melupakan sebentar masalah yang datang.. Contoh macam aku skarang ni, tgh tulis blog.. :D PEACE!!


* Menyibuk dan sibuk lain maksudnya ye.. :D

Sunday, March 24, 2013

Pengulas Sukan Terjun

Tanggal 19 Mei 2012, "KRINGGG~~~KRRIIINNGG~~"
"hello?" aku jawab... satu suara yang aku kenal berkata, "jum g wangsa walk? anak sedara saya nk tgk wayang lah cuti2 ni" ajak Si Puteri.. aku dgn rasa ingin membantu orang yang dalam kesusahan trus setuju dgn pelawaan itu. Maka aku bersiap2 dengan sepantas kilat dan terus menjemput si puteri dan anak sedaranya untuk menuju ke tempat yang dibincangkan tadi..........


Aku pun sampai Wangsa Walk. Kitorg  terus menuju TGV Wangsa Walk.. disebabkan anak sedaranya di bawah umur 12 tahun,so byk la cite yang xdpt nak tonton. Last2, The Avengers juga jadi pilihan kitorg.. Aku dgn Si Puteri da tgk da sblm ni.. disebabkan nk melayan budak2, tgk je la skali lagi.. Tapi ada satu masalah. ade lagi 2 jam..mana nak berlegar?? Mula menyesal dgn pilihan aku....... tiba2 dengar suara org memekik "GGGOOOOOOLLLLLLLL!!!" 
Terus berderau darah nak tahu dari mana datangnya org menjerit tu.. kami bertiga pun berjalan2, sambil tercari2 mana datang bunyi bising tu.. jalan punya jalan, jumpa satu booth yang penuh lambang maxis n ntv7..xkurang juga barangan2 hebat dari Maxis. aku pun tanya lah,"Ada apa ni bang?" 
salah seorang brader tu terus tarik aku,suh isi borang penyertaan.. "Ini kita tgh cari pengulas sukan untuk Euro 2012 yang akan datang ni.. Tapi dia kene gile2 sket.. keje abg ulas je, boleh mng duit.. isi je..paling tidak pun dapat hadiah2 ni.." (sambil tunjuk brangan dari Maxis td) " lagipun,mana ada org nak bagi duit ribu2 ni kalau setakat mengulas bola je kan...?" setelah termakan dgn kata2 manis brader tu n melihat barangan2 menarik tu, aku pun menurut dgn mengisi borang yg diberi brader tu tadi... Aku mula diberi mic dan suruh standby.. "Ok, boleh start bila2 dah sedia.." kate sorg brader baju hitam.. Aku pun dgn muka tebal je start dengan "Anda sedang bersama saya Bawang, partner kepada Hasbullah Awang yang xdapat hadir kerana ciriit birit" menjerit2 aku kat tgh2 Wangsa Walk dengan orang keliling tergelak2 tgk aku.. peduli ape aku kan!! aku mengulas dengan pelbagai ragam.. Hasbullah, Jamal Abdillah, Orang India, Cina sume masuk... Lepas 2 minit baru dia suruh stop.. Lepas aku serah mic tu, aku tgk keliling.. MAK AIIII...ramainya orang.. sume tergelak2 tgk aku..masa tu baru rase malu nk timbul berlumba2.. aku tgk Puteri and anak buahnya da tergelak2 kecil belakang sebuah tiang.. Sudah!!mana aku nk pergi ni.. aku dengan lagak muka "macam dah biasa wat benda ni", berjalan tenang menghala ke arah mereka lalu cepat2 beredar dari tempat jenayah..haha...

Alhamdulillah akhirnya aku terpilih untuk 32 orang terbaik untuk memasuki pertandingan tersebut...bertanding2 dapat 16 terbaik.. kemudian 8 terbaik.. akhirnya perjuanganku terkandas pada 4 terbaik dan mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan Maxis be Fan tu... terima kasih banyak kat kawan2, sdara mara, dan mereka2 yang telah mengundi tu.. Tanpa undian anda, saya xmungkin dapat masuk tv banyak kali..hihi...

Walaupun benda tu dah hampir setahun berlalu, tapi ia satu pengalaman yang best.. ade la juga masuk ntv7 beberapa kali. Ko hade!!!? hahaha...

 Sekitar Audition untuk memilih 32 perserta dari 90 yang telah dipanggil lepas audition kat Wangsa Walk
ACTION!!

*pasni nak try masuk pertandingan cat walk plak!

KICK OFF!!

Ok, akui dah bersawang blog aku ni. Last tulis 2010..kahkahkah... Ni pun aku x tahu la cam ne leh terdetik hati aku untuk menulis blog ni balik. Maybe boleh juga digelarkan blog aku ni sbg hidup segan, mati xmau..hihi... Tapi mulai sekarang aku akan bertekad untuk lebih kerap untuk menulis balik. Terlalu banyak yang telah terjadi lepas last aku tulis kat blog ni. So yang lepas, biarkan lah lepas. tak perlu lah aku nk citer balik kat cni. kalau aku cerita, mahu berasap keyboard aku ni. xpun korang malas nak membaca.. yang baik jadikan sepadan, yang buruk jadikan kain buruk.. untuk pengetahuan, blog ni xde la nk sepsifik sgt utk dikategorikan sbg ape2 jenis blog. ia lebih kepada blog independence  bila cakap pasal blog incandescence ni, maybe ia boleh dijadikan sbg blog makanan, blog info, blog santai. Yang pastinya blog ni adalah tempat aku cerita2 untuk dijadikan santapan mata korang.. Jadi mari kita bersama2 KICK OFF balik blog ni dengan Bismillahhirahmannirahim...




*berapa kali nak KICK OFF da..hehe..
World Of Warcraft, WoW Glowing Hand Armor