Thursday, March 28, 2013

Back Pain Strikes Back

Januari lepas aku mengalami satu insiden yang amat aku cuba elakkan. Ia berkenaan kesihatan aku. Penyakit yang sudah hampir aku lupakan semenjak hampir 13 tahun dulu. Ia telah menjelma kembali. Penyakit yang aku maksudkan itu adalah SLIP DISC. Oh! Tidak... Ia penyakit yang membuatkan pinggang belakang berasa sakit sentiasa. Duduk x selesa, baring xselesa, jalan jauh rase sakit, diri lama pun akan rase sakit juga. Sakitnya selalu dari pinggang sampai lah ke bahagian buku lali kaki.. Ia satu penyakit yang memang akan menyusahkan aktiviti seharian kita. Tapi sehingga saat ini, tiada ujian yang mengesahkan aku mengalami penyakit tersebut kerana mengikut kata doktor pakar ia perlu diteliti melalui Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang akan buat pada bulan May 2013 ni. Aku dah wat xray, ambil darah, fisio sume dah tapi semuanya negatif. Apa yang menguatkan kata penyakit aku telah kembali semula adalah disebabkan symptoms yang aku alami adalah sama dengan yang pernah aku alami dulu. Beberapa perkara yang aku lakukan akan terasa sakit yang teramat sgt.

Sakit ni datang pada Januari lepas apabila aku cuba mengangkat sebuah tong berisisi air, ketinggian lebih kurang paras lutut, berkapasiti 20 liter  (lebih kurang 20 kg). Aku nak angkat tong utk diletakkan atas troli, dan elok je aku sentap nak angkat, "PRAPPPP!!!" satu bunyi meletus kedengaran.. Aku da mula rase sengal2 bahagian belakang.. Tapi aku masih boleh tahan,sehinggalah tiba pada malam hari. Sakitnya makin terasa. Aku xdapat tidur langsung menunggu siang.. Kepala pening2 memikirkan berbagai keadaan ngeri yang bakal terjadi. Ape aku lakukan serba xkena. sampailah tiba siang, aku terus bergegas ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor melakukan pemriksaan ke atas aku. Mmg xboleh blah sakitnya. Lepas tu doktor berikan aku suntikan bius untuk melegakan sakit smntara dan suruh aku refer ke hospital terus. Aku ikut nasihat doktor dan  menuju ke hospital Sungai Buloh. Aku ke hospital dibantu oleh rakan skerja aku, Fendi. Sampai je aku ke hospital tu, rupanya aku xboleh terus dapatkan rawatan. perlu membuat temujanji terlebih dahulu dan temujanji tersebut adalah pada bulan 3 (lebih kurang 2bulan dari tarikh aku sakit). Disebabkan sakit yang keterlaluan, esoknya aku dapat rawatan terus ke hospital swasta. Kos mmg agak mahal, tapi sbb sakit aku pergi juga.. aku buat treatment di sana. Dan syukur alhamdulillah kesihatan semakin pulih. Aku berulang ke hospital selama seminggu untuk mndapatkan rawatan dan hasilnya aku semakin pulih. Semasa aku mula2 jalani rawatan, aku da xseperti orang..bukan macam monyet. Jalan pun menyenget ke tepi sbbkan tahan sakit. Kerja aku mmg ntah ke mana. Apabila tiba temujanji di hospital sungai buloh, aku berhenti mendapatkan rawatan di hospital berkenaan dan sambung menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh sehinggalah sekarang. Hasilnya amatlah memuaskan. Aku semakin pulih dan badan pun da xmenyeget lagi. hehe.. Kerinduan untuk bersukan, dah membuak2 tapi aku terpaksa tahan untuk pastikan aku betul2 sihat dan mampu untuk bersukan seperti dulu. Aku xhenti2 berdoa agar aku cepat sembuh dan dapat melakukan aktiviti sperti biasa.

Saat aku tulis blog ni, aku da semakin pulih. Aku da boleh berjalan2 sperti biasa walaupun ade sikit2 sakit yang masih terasa. Jadi nasihat aku, kalau nak buat kerja tu beringat lah. Jangan rasa diri tu kuat sangat macam Superman! haha.. badan kita ni ada hadnya. Kepada mereka yang dah ada sakit belakang, boleh mendapatkan saya untuk mengetahui cara2 yang betul untuk mengangkat barang dan senaman2 yang boleh anda lakukan bagi mengurangkan sakit dan seterusnya hilangkan sakit. Difahamkan, senaman tersebut juga elok dilakukan bagi mereka yang tidak sakit untuk menguatkan muscle blakang kita. ecehhh..macam jual produk plak. haha... Ape2 pun doakan aku semoga cepat sembuh, ya!! :D

Area yang aku rasekan sakit sebelum ni.

*Sakit tu penghapus dosa.. 

Wednesday, March 27, 2013

Sibuk!!

"Aku Sibuk!!!", "Xdapat join, ada keje!!", "Ko gantikan aku, aku sibuk wat benda lain" , " BZ lahhh... xfaham ke?" antara frasa2 yang menggambarkan sesorang tu sibuk. SIBUK!! Itu lah perkataan yang paling sesuai di labelkan untuk aku berhenti menulis blog setelah sekian lama. Tapi betul, kalau orang berkerjaya memang akan sentiasa sibuk. Terpulang kepada mereka untuk meletakkan ia pada tahap mana. Ada orang sibuk sampai terlupa segala benda. Makan adalah perkara2 yang sering tersenarai dalam masalah sibuk ni. Tapi setakat ni aku xde la sbuk tahap sampai lupa makan. Sibuk sbb g makan, mmg ade..hihi.. Jadi nak cakap kat cni, kalau kesibukan ni xdiurus dengan betul boleh jatuh kepada stress lalu stress boleh mmbawa kepada segala perkara negatif especially kepada kesihatan. Orang selalu cakap tangani stress anda dengan bijak.. tapi kalau ikutkan, better tangani kesibukan anda dengan bijak.. baru stress xkan dtg..ye ke idok? bila kita x sibuk, stress dtg pn kita rileks je hadapnya...(kalau stress datang).. Aku xnafikan, kalau kita da sbuk sgt2, dan stress mula dah nak tunjuk2 kepalanya, kita akan cari jalan penyelesaian dengan melakukan perkara2 yang lebih santai bagi melupakan sebentar masalah yang datang.. Contoh macam aku skarang ni, tgh tulis blog.. :D PEACE!!


* Menyibuk dan sibuk lain maksudnya ye.. :D

Sunday, March 24, 2013

Pengulas Sukan Terjun

Tanggal 19 Mei 2012, "KRINGGG~~~KRRIIINNGG~~"
"hello?" aku jawab... satu suara yang aku kenal berkata, "jum g wangsa walk? anak sedara saya nk tgk wayang lah cuti2 ni" ajak Si Puteri.. aku dgn rasa ingin membantu orang yang dalam kesusahan trus setuju dgn pelawaan itu. Maka aku bersiap2 dengan sepantas kilat dan terus menjemput si puteri dan anak sedaranya untuk menuju ke tempat yang dibincangkan tadi..........


Aku pun sampai Wangsa Walk. Kitorg  terus menuju TGV Wangsa Walk.. disebabkan anak sedaranya di bawah umur 12 tahun,so byk la cite yang xdpt nak tonton. Last2, The Avengers juga jadi pilihan kitorg.. Aku dgn Si Puteri da tgk da sblm ni.. disebabkan nk melayan budak2, tgk je la skali lagi.. Tapi ada satu masalah. ade lagi 2 jam..mana nak berlegar?? Mula menyesal dgn pilihan aku....... tiba2 dengar suara org memekik "GGGOOOOOOLLLLLLLL!!!" 
Terus berderau darah nak tahu dari mana datangnya org menjerit tu.. kami bertiga pun berjalan2, sambil tercari2 mana datang bunyi bising tu.. jalan punya jalan, jumpa satu booth yang penuh lambang maxis n ntv7..xkurang juga barangan2 hebat dari Maxis. aku pun tanya lah,"Ada apa ni bang?" 
salah seorang brader tu terus tarik aku,suh isi borang penyertaan.. "Ini kita tgh cari pengulas sukan untuk Euro 2012 yang akan datang ni.. Tapi dia kene gile2 sket.. keje abg ulas je, boleh mng duit.. isi je..paling tidak pun dapat hadiah2 ni.." (sambil tunjuk brangan dari Maxis td) " lagipun,mana ada org nak bagi duit ribu2 ni kalau setakat mengulas bola je kan...?" setelah termakan dgn kata2 manis brader tu n melihat barangan2 menarik tu, aku pun menurut dgn mengisi borang yg diberi brader tu tadi... Aku mula diberi mic dan suruh standby.. "Ok, boleh start bila2 dah sedia.." kate sorg brader baju hitam.. Aku pun dgn muka tebal je start dengan "Anda sedang bersama saya Bawang, partner kepada Hasbullah Awang yang xdapat hadir kerana ciriit birit" menjerit2 aku kat tgh2 Wangsa Walk dengan orang keliling tergelak2 tgk aku.. peduli ape aku kan!! aku mengulas dengan pelbagai ragam.. Hasbullah, Jamal Abdillah, Orang India, Cina sume masuk... Lepas 2 minit baru dia suruh stop.. Lepas aku serah mic tu, aku tgk keliling.. MAK AIIII...ramainya orang.. sume tergelak2 tgk aku..masa tu baru rase malu nk timbul berlumba2.. aku tgk Puteri and anak buahnya da tergelak2 kecil belakang sebuah tiang.. Sudah!!mana aku nk pergi ni.. aku dengan lagak muka "macam dah biasa wat benda ni", berjalan tenang menghala ke arah mereka lalu cepat2 beredar dari tempat jenayah..haha...

Alhamdulillah akhirnya aku terpilih untuk 32 orang terbaik untuk memasuki pertandingan tersebut...bertanding2 dapat 16 terbaik.. kemudian 8 terbaik.. akhirnya perjuanganku terkandas pada 4 terbaik dan mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan Maxis be Fan tu... terima kasih banyak kat kawan2, sdara mara, dan mereka2 yang telah mengundi tu.. Tanpa undian anda, saya xmungkin dapat masuk tv banyak kali..hihi...

Walaupun benda tu dah hampir setahun berlalu, tapi ia satu pengalaman yang best.. ade la juga masuk ntv7 beberapa kali. Ko hade!!!? hahaha...

 Sekitar Audition untuk memilih 32 perserta dari 90 yang telah dipanggil lepas audition kat Wangsa Walk
ACTION!!

*pasni nak try masuk pertandingan cat walk plak!

KICK OFF!!

Ok, akui dah bersawang blog aku ni. Last tulis 2010..kahkahkah... Ni pun aku x tahu la cam ne leh terdetik hati aku untuk menulis blog ni balik. Maybe boleh juga digelarkan blog aku ni sbg hidup segan, mati xmau..hihi... Tapi mulai sekarang aku akan bertekad untuk lebih kerap untuk menulis balik. Terlalu banyak yang telah terjadi lepas last aku tulis kat blog ni. So yang lepas, biarkan lah lepas. tak perlu lah aku nk citer balik kat cni. kalau aku cerita, mahu berasap keyboard aku ni. xpun korang malas nak membaca.. yang baik jadikan sepadan, yang buruk jadikan kain buruk.. untuk pengetahuan, blog ni xde la nk sepsifik sgt utk dikategorikan sbg ape2 jenis blog. ia lebih kepada blog independence  bila cakap pasal blog incandescence ni, maybe ia boleh dijadikan sbg blog makanan, blog info, blog santai. Yang pastinya blog ni adalah tempat aku cerita2 untuk dijadikan santapan mata korang.. Jadi mari kita bersama2 KICK OFF balik blog ni dengan Bismillahhirahmannirahim...




*berapa kali nak KICK OFF da..hehe..

Saturday, December 4, 2010

Rumahku Syurgaku

Hari Jumaat,bertarikh 3 Disember tahun 2010, aku telah selamat sampai di tempat aku membesar iaitu Cheras.. "membesar" dalam ayat di atas korg boleh takrifkan macam2.. samada dari segi saiz mahupun dari segi kematangan....semua aku lalui kat Cheras ni..hehe.. xcaye tgk gambar aku yang semakin mmbesar skrg..
selama aku hidup ni, ade satu tempat kat Cheras ni yang betul2 dapat menenangkan aku... korang pun mesti xtahu kat mana.. tempat ni mmg xramai yang tahu.. silap2 xde sorg pon yang tahu...
Tempat yang dimaksudkan adalah BILIK AKU... :D kadang2 bila terlalu lama xbalik rumah, mula lah terbayangkan bilik... percaya or tidak, kalau aku tido kat bilik aku ni,aku selalu sgt dapat mimpi2 manis, mimpi indah... ade la jugak kadang2 tu aku mimpi ngeri kene keja dgn anjing..tapi jarang la... (eh jap...kene keja dgn anjing tu aku pon xpasti mimpi ke realiti....haha...)

disebabkan ketenangan itu lah, aku rajin nak berkongsi cerita kat blog aku yang berwajah baru ni... terima kasih kat adik aku Liyana, yang byk membantu aku dalam menukar wajah blog aku skrg ni... da reti sket2 nak hias blog,pasni siap lah... wat dunia blog aku sendirik la... :) da jadi cam zaman Frindster dulu tu... gyle edit sana sini... tapi fungsi sama gak..hehe... aku siap kene sound dgn adik aku, kate blog aku panjang2... xde sape nak bace..hehe...mungkin ade gak betulnya...tapi aku tulis blog bukan untuk sape2 pun...aku tulis blog sekadar nak meluahkan serba sedikit coretan hidup aku untuk dikongsi bersama kepada mereka yang sudi... (ecece...) tapi aku rase blog aku xde la panjang sgt pun.. ;)

dah seminggu lebih aku start kerja kat Batang kali, macam2 pengalaman aku dapat..biar pun seminggu, tapi siyez byk aku dapat kat tempat keje aku ni...aku tahu,masih byk lagi ruang untuk aku belajar dan faham keadaan di situ... skrg ni aku tgh dalam proses absorb dgn keadaan sekeliling dan alhamdulillah setakat ni, aku selesa dgn keadaan kat c2 di sbbkan mereka2 kat sana byk membantu, ramah, dan sentiasa memberi ilmu2 yang kadang2 tu xpernah aku dgr pun.. tapi di sebalik citer indah itu,ade gak citer buruknya... pada hari last2 pada minggu ni, cam ade problem besar melanda kat tempat keje aku..problem ape,xperlu la nak cakap sbb korg pun xkan paham walaupun dgn penerangan panjang lebar...hehe... the main point skrg,aku dah mula rase tekanan dgn ape yang akan aku hadapi nnt... byk decision yang aku kene wat dan aku akan menerima padah kalau decision aku tu salah... aku pon percaya,ade gak di antara korang penah alamai situasi cam ni... masa ni lah peribahasa "terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya" terngiang2 kat kepala...  aku mula terpikir cara untuk aku atasi masalah cam ni..aku perlukan sedikit ruang untuk berfikir... untuk itu,korang semua boleh la baca balik nukilan untuk entry kali ni start dari perenggan pertama... haha...
ulang smpai rase ngantuk k...

hidup mesti kene happy selalu...nak happy,kita kene senyum...nak senyum dengar lah lagu senyum ni.. :)


tempat cari ilham paling indah di dunia... LOL!!!

tapi ahad da nak balik ke Batang Kali... layan je laaaaa....
hahahha..... PEACE YO!! 

Monday, November 22, 2010

My 1st real job!

Alhamdulillah,setelah sekian lama menunggu,akhirnya sebuah syarikat automotif yang diberi nama EP Manufacturing Berhad (EPMB),telah memanggil aku untuk bekerja dgn mereka...

"Hello,boleh saya bercakap dengan Amir Zarif?" suara seorang perempuan yang mirip2 Ana Rafali..

"Ya,saya bercakap?" jawab aku dengan nada seperti tiada apa2 yang berlaku, padahal dalam hati mmg rasa nak tercabut jantung ni....sbb ape pun aku xpasti...
"Saya dari syarikat................" bila aku dgr perkataan syarikat je, darah aku punyalah bergerak laju...cam ada perlumbaan F1 je rase dalam saluran darah aku masa tu... dalam hati aku ni da melonjak2 dah...biarlah dia xcakap sbb ape pun dia tepon... bila tersedar dari keseronokkan itu,aku mula terpikir,dia ni cal sbb nk cakap aku gagal ke dalam interview ari tu? aku ni baru nk dipanggil untuk 2nd interview je ke? ah,xleh jadi ni...aku kembali kat tepon.. aku menyambung perbualan..

"Cik ni dari mana tadi yea?" aku bertanya seolah2 line tak clear...
"Saya dari syarikat EPMB, Batang Kali..  Nak bagitahu,encik da diterima kerja. So encik terima ke x?" jelas cik HR tu kepada aku...

belum sempat dia tarik nafas untuk penerangan tadi tu, aku terus jawab, "ye..ye...saya terima...bila saya boleh start kerje?" ... dalam hati Alhamdulillah....lagu altimate bertajuk syukur bermain dalam kepala otak aku...haha...

begitulah sedikit sebanyak situasi,when I got hired for the 1st time in my lfie.. aku rase pengalaman ini pasti korang dah pernah lalui dan kepada mereka yang belum lalui,pasti akan laluinya juga... cuma mungkin caranya  saja yang berbeza2... kalau nak ikutkan banyak lagi citer sebelum aku dapat cal yang di atas ni...hihi...aku terlepas sebenarnya waktu 1st time dia cal coz aku tgh sidai baju kat belakang rumah... :)

tapi walau ape pun citer nya, korang harus jangan putus asa untuk mencuba dan terus mencuba...
semoga success dalam hidup korang... PEACE!!

Wednesday, November 17, 2010

Raya Aidil Adha a.k.a Raya Qurban @ Raya Haji

Begitulah pengalaman yang akan aku kongsikan dgn korang utk post kali ni.. Raya Aidil Adha a.k.a Raya Qurban atau yang biasa kita gunakan raya haji je... Macam2 lah orang panggil utk raya yang ni.. Tapi walau betapa banyak atau meriah pun namanya, ia xdelah semeriah mana sambutannya (jika nak dibandingkan dgn Raya Aidilfitri..)di tempat aku membesar.. Contohnya macam di Cheras (rumahku) mahupun di Gombak (kampungku), apa ntah lagi di England (impianku..hehe...) Macam mana pun, aku tetap sambut raya haji ini seperti biasa.. bangun pagi2 walaupun malas gile nak bangun sbb hari cuti, mandi kejap2 sbb sejuk gyle kat kampung aku, solat subuh dgn kusyuknya,minum utk basah tekak, dan pergi ke surau utk solat sunat aidil adha...balik smbyg raya,aktiviti dia cam biasa lah..kbykkan dari korg pun aku rase wat bnda yang sama,makannnnnnn....sampailah ke malam..raye kan..........makanan mesti banyk...(salah satu sbb yang best pasal raya)hahaha....nenek aku walaupun dia xde FB,tapi dia pandai juga update2 ni..dia selalu update menu2 yang baru dihidang atas meja.. "Zarif,nenek baru wat nasi lemak tu,pakai beras dari Pakistan,mak ngah ko bagi,pegi la makan.."...."Zarif,sup tu baru nenek panaskan,g amek mangkuk,makan dengan nasi hempet,sedappp.."...."Zarif, ade bihun nenek goreng tadi, letak dengan sos cili cap Linggham tu, nenek suka makan cam tu..." "Zariffff itu....Zariffff ini....." dan kebanyakkan arahannya aku patuh sebagai tanda aku hormat padanya..(ye2 aje aku..padahal xtahan dgn nafsu sendiri..hahaha...) begitu lah telatah nenek aku di setiap hari raya, ade je benda kat atas meja untuk diberi makan kepada cucu2nya...FYI,nenek aku adlah seorang bekas tukang masak disebuah syarikat catering pada zaman sihatnya...dan minatnya terhadap bidang masakan mmg ketara sampai lah skrg...bersyukur lah aku ade nenek yang macam tu... Sihat sungguh cucunya sorg ni..haha...


Setiap kali malam raya, xkira lah raya puasa or haji, dikampung aku ade wat takbir dari rumah ke rumah..tradisi yang makin pupus di kawasan bandar2....memandangkan aku adalah cucu sulung lelaki dalam family aku, pada umur yang sekarang ni, akulah yang menjadi wakil kepada atuk aku yang sudah xmampu untuk berjalan jauh lagi disbbkan lututnya yang pernah patah waktu aku berusia 10 tahun dulu..(sbb main bola... (-_-)" ) sbnrnya aku da ikut takbir semnjak aku kecik2 lagi...tapi kecik2 lain feeling dia kan...takbir no 2...ade agenda lebih penting, salam dengan tuan rumah atau lebih tepat kaut duit raya...  "Budak2..... masa atok baca doa, kene amin kuat2..kalau x,no duit raya" pesan tok imam sebelum takbir raya dimulakan,sambil cuba berbahasa Inggeris sket2...aku igt lagi masa tu,bila da selesai sume rumah, aku sampai hbis suara sbb aminkan dgn kuatnya hampir 20 buah rumah...tapi aku xpernah menyesal sbb hasil dia agak mmberansangkan..hahaha....itu lah serba sedikit suasana meriahnya waktu raya puasa.. keadaan agak sket berlainan waktu raya haji...kanak2 xramai sbb tahu raya haji xde duit raya...(cis,mereka semakin bijak) begitulah keadaannya dgn malam raya baru2 ni...hanya tinggal yang tua2 sahaja...kalau ade budak2 pon,mereka adalah anak2 dan cucu2 ajk masjid..tiada lagi jaguh2 kampung seperti raya puasa yang lalu..budak2 yang kantoi beratur dua kali utk collect duit raya pun xnmpak dah... cuma atuk2 je yang tinggal...mereka2 ni pun rindukan budak2 ni...kdg2 tu terdgr gak keluhan diorg pasal xde budak2...biasalah,org tua..sonok tgk telatah budak2... (aku rase je lah,aku bukan tua lagi pon) tapi bila da gaul dgn orang2 tua ni, rase sedih je...masing2 citer pasal penyakit masing2... gaut lah, urat lah, lutut rase jatuh la, pinggang ni da xtahn nak diri lama lah... macam2 penyakit aku dgr dan dorg sering bertukar2 cara utk mengatasi dan mencadangkan tempat2 yang bagus utk kurangkan rasa sakit dorg...aku duk dgr je...dalam hati aku terdetik gak rase insaf.... sbb aku tahu,kalau aku dipanjangkan umur oleh Nya,aku juga akan menjadi seperti mereka, tua dan semakin lemah... walaupun aku tak tinggal di kampung tu,tapi aku tahu ada beberapa orang tua kawasan tu telah kembali ke rahmatullah disbbkan aku xpernah miss ikut takbir sejak aku berumur 6tahun lagi...so dapat detect gak lah atuk2 yang tinggal dan yang telah tidak dapat lagi join rombongan takbir dari tahun demi tahun... Yang tinggal pun,mereka da xsegagah macam masa aku kecik2 dulu... Dulu ade yang jalan gagah,skrg dah bertongkat...dulu ade yang berdiri tegak,sekrang hanya mampu duduk bersila.. dulu rmbut belang2 putih hitam,sekarang semua putih...semua tu aku amati dari tahun ke tahun.. ada satu gurauan yang selalu dorg gelakkan tapi betul2 wat aku sedey dan insaf.. seorg atok mengurut2 kaki dan berkata, "biasalah, dah hujung-hujung kehidupan..cam ni lah kita...." disambut dengan ketawa oleh orang2 tua yang lain...


Antara mereka yang hadir semasa takbir di rumah atok n nenek aku,tempoh hari:

Gambar 1:
berbaju merah adalah atuk aku.

Gambar 2:
kalau raya puasa,xdapat lah duduk selesa cam ni..hehe..

Gambar 3:
tok imam yang sudah bertongkat
World Of Warcraft, WoW Glowing Hand Armor