Sunday, March 24, 2013

Pengulas Sukan Terjun

Tanggal 19 Mei 2012, "KRINGGG~~~KRRIIINNGG~~"
"hello?" aku jawab... satu suara yang aku kenal berkata, "jum g wangsa walk? anak sedara saya nk tgk wayang lah cuti2 ni" ajak Si Puteri.. aku dgn rasa ingin membantu orang yang dalam kesusahan trus setuju dgn pelawaan itu. Maka aku bersiap2 dengan sepantas kilat dan terus menjemput si puteri dan anak sedaranya untuk menuju ke tempat yang dibincangkan tadi..........


Aku pun sampai Wangsa Walk. Kitorg  terus menuju TGV Wangsa Walk.. disebabkan anak sedaranya di bawah umur 12 tahun,so byk la cite yang xdpt nak tonton. Last2, The Avengers juga jadi pilihan kitorg.. Aku dgn Si Puteri da tgk da sblm ni.. disebabkan nk melayan budak2, tgk je la skali lagi.. Tapi ada satu masalah. ade lagi 2 jam..mana nak berlegar?? Mula menyesal dgn pilihan aku....... tiba2 dengar suara org memekik "GGGOOOOOOLLLLLLLL!!!" 
Terus berderau darah nak tahu dari mana datangnya org menjerit tu.. kami bertiga pun berjalan2, sambil tercari2 mana datang bunyi bising tu.. jalan punya jalan, jumpa satu booth yang penuh lambang maxis n ntv7..xkurang juga barangan2 hebat dari Maxis. aku pun tanya lah,"Ada apa ni bang?" 
salah seorang brader tu terus tarik aku,suh isi borang penyertaan.. "Ini kita tgh cari pengulas sukan untuk Euro 2012 yang akan datang ni.. Tapi dia kene gile2 sket.. keje abg ulas je, boleh mng duit.. isi je..paling tidak pun dapat hadiah2 ni.." (sambil tunjuk brangan dari Maxis td) " lagipun,mana ada org nak bagi duit ribu2 ni kalau setakat mengulas bola je kan...?" setelah termakan dgn kata2 manis brader tu n melihat barangan2 menarik tu, aku pun menurut dgn mengisi borang yg diberi brader tu tadi... Aku mula diberi mic dan suruh standby.. "Ok, boleh start bila2 dah sedia.." kate sorg brader baju hitam.. Aku pun dgn muka tebal je start dengan "Anda sedang bersama saya Bawang, partner kepada Hasbullah Awang yang xdapat hadir kerana ciriit birit" menjerit2 aku kat tgh2 Wangsa Walk dengan orang keliling tergelak2 tgk aku.. peduli ape aku kan!! aku mengulas dengan pelbagai ragam.. Hasbullah, Jamal Abdillah, Orang India, Cina sume masuk... Lepas 2 minit baru dia suruh stop.. Lepas aku serah mic tu, aku tgk keliling.. MAK AIIII...ramainya orang.. sume tergelak2 tgk aku..masa tu baru rase malu nk timbul berlumba2.. aku tgk Puteri and anak buahnya da tergelak2 kecil belakang sebuah tiang.. Sudah!!mana aku nk pergi ni.. aku dengan lagak muka "macam dah biasa wat benda ni", berjalan tenang menghala ke arah mereka lalu cepat2 beredar dari tempat jenayah..haha...

Alhamdulillah akhirnya aku terpilih untuk 32 orang terbaik untuk memasuki pertandingan tersebut...bertanding2 dapat 16 terbaik.. kemudian 8 terbaik.. akhirnya perjuanganku terkandas pada 4 terbaik dan mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan Maxis be Fan tu... terima kasih banyak kat kawan2, sdara mara, dan mereka2 yang telah mengundi tu.. Tanpa undian anda, saya xmungkin dapat masuk tv banyak kali..hihi...

Walaupun benda tu dah hampir setahun berlalu, tapi ia satu pengalaman yang best.. ade la juga masuk ntv7 beberapa kali. Ko hade!!!? hahaha...

 Sekitar Audition untuk memilih 32 perserta dari 90 yang telah dipanggil lepas audition kat Wangsa Walk
ACTION!!

*pasni nak try masuk pertandingan cat walk plak!

1 suara ramai:

BlockchainHelp said...

2fa confirmation pending in Blockchain
The accessibility of 2fa in Blockchain is, obviously, a great element from the security perspective for put away assets. Be that as it may, some of the time a portion of alternate issues start to happen and the pending of 2fa confirmation is one of them. In the event that, on the off chance that a similar circumstance exists with you as well, for what reason to delay, quickly call our Blockchain Phone number 1800-665-6722. with a view to getting in contact with related experts. The specialists are accessible all day, every day and 365 days a year and give blameless and convenient answers for the clients.
blockchain support number
blockchain customer support

Post a Comment

World Of Warcraft, WoW Glowing Hand Armor