Thursday, March 28, 2013

Back Pain Strikes Back

Januari lepas aku mengalami satu insiden yang amat aku cuba elakkan. Ia berkenaan kesihatan aku. Penyakit yang sudah hampir aku lupakan semenjak hampir 13 tahun dulu. Ia telah menjelma kembali. Penyakit yang aku maksudkan itu adalah SLIP DISC. Oh! Tidak... Ia penyakit yang membuatkan pinggang belakang berasa sakit sentiasa. Duduk x selesa, baring xselesa, jalan jauh rase sakit, diri lama pun akan rase sakit juga. Sakitnya selalu dari pinggang sampai lah ke bahagian buku lali kaki.. Ia satu penyakit yang memang akan menyusahkan aktiviti seharian kita. Tapi sehingga saat ini, tiada ujian yang mengesahkan aku mengalami penyakit tersebut kerana mengikut kata doktor pakar ia perlu diteliti melalui Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang akan buat pada bulan May 2013 ni. Aku dah wat xray, ambil darah, fisio sume dah tapi semuanya negatif. Apa yang menguatkan kata penyakit aku telah kembali semula adalah disebabkan symptoms yang aku alami adalah sama dengan yang pernah aku alami dulu. Beberapa perkara yang aku lakukan akan terasa sakit yang teramat sgt.

Sakit ni datang pada Januari lepas apabila aku cuba mengangkat sebuah tong berisisi air, ketinggian lebih kurang paras lutut, berkapasiti 20 liter  (lebih kurang 20 kg). Aku nak angkat tong utk diletakkan atas troli, dan elok je aku sentap nak angkat, "PRAPPPP!!!" satu bunyi meletus kedengaran.. Aku da mula rase sengal2 bahagian belakang.. Tapi aku masih boleh tahan,sehinggalah tiba pada malam hari. Sakitnya makin terasa. Aku xdapat tidur langsung menunggu siang.. Kepala pening2 memikirkan berbagai keadaan ngeri yang bakal terjadi. Ape aku lakukan serba xkena. sampailah tiba siang, aku terus bergegas ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor melakukan pemriksaan ke atas aku. Mmg xboleh blah sakitnya. Lepas tu doktor berikan aku suntikan bius untuk melegakan sakit smntara dan suruh aku refer ke hospital terus. Aku ikut nasihat doktor dan  menuju ke hospital Sungai Buloh. Aku ke hospital dibantu oleh rakan skerja aku, Fendi. Sampai je aku ke hospital tu, rupanya aku xboleh terus dapatkan rawatan. perlu membuat temujanji terlebih dahulu dan temujanji tersebut adalah pada bulan 3 (lebih kurang 2bulan dari tarikh aku sakit). Disebabkan sakit yang keterlaluan, esoknya aku dapat rawatan terus ke hospital swasta. Kos mmg agak mahal, tapi sbb sakit aku pergi juga.. aku buat treatment di sana. Dan syukur alhamdulillah kesihatan semakin pulih. Aku berulang ke hospital selama seminggu untuk mndapatkan rawatan dan hasilnya aku semakin pulih. Semasa aku mula2 jalani rawatan, aku da xseperti orang..bukan macam monyet. Jalan pun menyenget ke tepi sbbkan tahan sakit. Kerja aku mmg ntah ke mana. Apabila tiba temujanji di hospital sungai buloh, aku berhenti mendapatkan rawatan di hospital berkenaan dan sambung menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh sehinggalah sekarang. Hasilnya amatlah memuaskan. Aku semakin pulih dan badan pun da xmenyeget lagi. hehe.. Kerinduan untuk bersukan, dah membuak2 tapi aku terpaksa tahan untuk pastikan aku betul2 sihat dan mampu untuk bersukan seperti dulu. Aku xhenti2 berdoa agar aku cepat sembuh dan dapat melakukan aktiviti sperti biasa.

Saat aku tulis blog ni, aku da semakin pulih. Aku da boleh berjalan2 sperti biasa walaupun ade sikit2 sakit yang masih terasa. Jadi nasihat aku, kalau nak buat kerja tu beringat lah. Jangan rasa diri tu kuat sangat macam Superman! haha.. badan kita ni ada hadnya. Kepada mereka yang dah ada sakit belakang, boleh mendapatkan saya untuk mengetahui cara2 yang betul untuk mengangkat barang dan senaman2 yang boleh anda lakukan bagi mengurangkan sakit dan seterusnya hilangkan sakit. Difahamkan, senaman tersebut juga elok dilakukan bagi mereka yang tidak sakit untuk menguatkan muscle blakang kita. ecehhh..macam jual produk plak. haha... Ape2 pun doakan aku semoga cepat sembuh, ya!! :D

Area yang aku rasekan sakit sebelum ni.

*Sakit tu penghapus dosa.. 

0 suara ramai:

Post a Comment

World Of Warcraft, WoW Glowing Hand Armor